NCD

1.  Apakah yang dimaksudkan ‘No Claim Discount (NCD)‘?

No Claim Discount (NCD) adalah skim hadiah yang diterima oleh pemilik polisi motor kerana tidak membuat tuntutan sepanjang 12 bulan.

2. Berapakah No Claim Discount (NCD) yang saya layak?

Semua pengguna layak mendapat NCD dengan kadar dari 0% to 55% dari premium yang dibayar bergantung kepada jenis kenderaan, perlindungan dan bilangan tahun tidak dituntut. Untuk kereta persendirian, kadar NCD adalah dari 0% to 55% seperti yang ditulis dalam policy/certificate manakala bagi motorcycles and commercial vehicles, kadarnya adalah dari 0% to 25%.

NCD Kereta

 Tahun  NCD /potongan
 Mula beli kereta.1  0 %
2  25 %
3  30 %
4  38.33 %
5  45 %
6  55 %

 

NCD Motosikal

 Tahun  NCD /potongan
 Mula beli motosikal.1  0 %
2  15 %
3  20 %
4  25 %

 

3. Saya berminat untuk menukar polisi kereta saya dari insuran konvensional kepada Takaful Ikhlas. Adakah NCD kereta saya dari insurans konvensional boleh dipindahkan ke Takaful Ikhlas?

J: Boleh, tuan hanya perlu memaklumkan kepada agent takaful tuan untuk memindahkan NCD dari insurans lama. Bagi pemilik kereta yang membuat insurans secara online, tuan perlu memasukkan maklumat polisi lama kedalam ruang yang disediakan dibahagian bawah borang online ‘Previuos Insurer Particulars’

4. Saya ingin membeli kereta baru, bagaimanakah caranya saya boleh memindahkan NCD kereta lama saya kepada kereta baru?

J: Disini ada 2 situasi yang berlaku:

i. Polisi insuran kereta lama tamat tempoh.
ii. Polisi kereta lama masih belum tamat tempoh.

Bagi polisi yang telah tamat tempoh, situasi no 3. berlaku.

Bagi polisi yang belum tamat tempoh, beberapa langkah perlu diambil.

  1. Hubungi syarikat yang mengeluarkan polisi lama, untuk memaklumkan permohonan memindahkan NCD. Syarikat itu akan mengenakan sedikit bayaran untuk memberi perlindungan NCD kereta lama kepada 0% NCD.
  2. Setelah bayaran dibuat, tuan boleh menggunakan NCD kepada kereta baru.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *