Q & A

1. Bolehkah saya membayar insuran & roadtax, tanpa geran asal kerana geran kereta saya hilang @ masih ada di bank?

J : Boleh, tuan hanya perlu ada salinan geran @ polisi insuran yang lepas. kami memerlukan maklumat no kereta, no kad pengenalan pemilik kereta, no enjin, no chasis & tahun kereta dibuat. Roadtax boleh dibuat melalui myeg tanpa geran asal

2. Apakah yang dimaksudkan ‘No Claim Discount (NCD)‘?

No Claim Discount (NCD) adalah skim hadiah yang diterima oleh pemilik polisi motor kerana tidak membuat tuntutan sepanjang 12 bulan.

3. Berapakah No Claim Discount (NCD) yang saya layak?

Semua pengguna layak mendapat NCD dengan kadar dari 0% to 55% dari premium yang dibayar bergantung kepada jenis kenderaan, perlindungan dan bilangan tahun tidak dituntut. Untuk kereta persendirian, kadar NCD adalah dari 0% to 55% seperti yang ditulis dalam policy/certificate manakala bagi motorcycles and commercial vehicles, kadarnya adalah dari 0% to 25%.

4. Saya berminat untuk menukar polisi kereta saya dari insuran konvensional kepada Takaful Ikhlas. Adakah NCD kereta saya dari insurans konvensional boleh dipindahkan ke Takaful Ikhlas?

J: Boleh, tuan hanya perlu memaklumkan kepada agent takaful tuan untuk memindahkan NCD dari insurans lama. Bagi pemilik kereta yang membuat insurans secara online, tuan perlu memasukkan maklumat polisi lama kedalam ruang yang disediakan dibahagian bawah borang online ‘Previuos Insurer Particulars’

5. Saya ingin membeli kereta baru, bagaimanakah caranya saya boleh memindahkan NCD kereta lama saya kepada kereta baru?

J: Disini ada 2 situasi yang berlaku:

i. Polisi insuran kereta lama tamat tempoh.
ii. Polisi kereta lama masih belum tamat tempoh.

Bagi polisi yang telah tamat tempoh, situasi no 2. berlaku.

Bagi polisi yang belum tamat tempoh, beberapa langkah perlu diambil.

  1. Hubungi syarikat yang mengeluarkan polisi lama, untuk memaklumkan permohonan memindahkan NCD. Syarikat itu akan mengenakan sedikit bayaran untuk memberi perlindungan NCD kereta lama kepada 0% NCD.
  2. Setelah bayaran dibuat, tuan boleh menggunakan NCD kepada kereta baru.

6. Saya tersilap memasukkan data dalam sistem Online (FLAS Online) dan JPJ reject kes saya.

  • Apa yang perlu saya lakukan?
  • Bagaimana dengan bayaran yang telah dibuat?
  • Siapa perlu saya hubungi jika berlaku kesilapan tersebut?

J: Ada 2 jenis kesilapan yang boleh terjadi apabila memasukkan data kedalam sistem.

  1. Kesilapan yang boleh dibaiki secara online
  2. Kesilapan yang tidak boleh dibaiki

6.1 Kesilapan yang boleh dibaiki secara Online adalah :

  • No Kad Pengenalan
  • No Pendaftaran Kenderaan
  • No Chasis
  • No Enjin
  • Keadaan Kenderaan

6.2 Kesilapan yang tidak boleh dibaiki secara online adalah tarikh polisi bermula & berakhir. jika situasi ini berlaku tuan diminta menghubungi agen yang berkenaan 0139730120 @ cawangan Takaful Ikhlas yang terdekat.

Untuk menyemak jenis kesilapan yang berlaku:

  1. Klik ‘Check JPJ Status’
  • JPJSTATUS
  • Masukkan no kereta, User ID & Password serta Huruf yang tertera.
  • Klik ‘Next’

2. Klik ‘Reason’ untuk melihat kesilapan yang berlaku.

jpjreject3

 

3. Klik ‘Update’ untuk membaiki kesilapan yang berlaku

  • Setelah dibaiki kesilapan Klik ‘Update & Resubmit’

Bagi kesilapan yang tidak boleh dibaiki, covernote perlu dibatalkan.

Langkah yang perlu diikuti :

Langkah 1. Muat turun borang pembatalan covernote di website eikhlas

Langkah 2.  Sila ikuti langkah berikut

Step 1. Sila penuhkan borang dan click ‘Batal Sijil berkuatkuasa dari /cancel certificate e.e.f ‘. Emailkan borang bersama salinan sijil polisi ke rizamim@takaful-ikhlas.com.my / zaridamun@takaful-ikhlas.com.myikhlassupport@takaful-ikhlas.com.my

Step 2. Sila click Covernote Cancellation pada FLAS, dan masukkan maklumat kereta. Cuma tulis ‘wrong period of cover’ dan tick mistakes.

Diharap dibuat kedua-dua langkah berkenaan sehingga underwriter membatalkan covernote (print screen the step 2 and attached together with the form, in the email)

Step 3. Selepas dibatalkan, (underwriter akan email balik dalam masa 5-10minutes). Sila key in semula maklumat kereta (new business) dengan tempoh masa yang betul.

Step 4. Bagi bayaran yang telah dibuat, pada ‘Aging‘, (pilih bank)-Maybank Islamic Bank, (Bank Ref no) – masukkan nombor covernote yang salah/cancel (misal : no ML1010948) situasi ini dinamakan contra.

7.  Bolehkah saya membayar insurans/takaful motosikal secara e-agent online?

J:  Tidak boleh, insurans e-agent/online hanya untuk kereta persendirian dan syarikat sahaja. Kenderaan berkenaan mestilah tidak lebih dari 15 tahun Dan Insurans Comprehensive/ 1st party sahaja

8.  Apabila saya membuat insurans melalui e-agent, bagaimanakah cara & kepada siapakah yang perlu saya membuat pembayaran. Jika bayaran dibuat kepada Syarikat Takaful Ikhlas Bhd, bagaimana pula dengan agent?

J :  Bagi sistem e-agent yang terkini, agent hanyalah sebagai pemudahcara sahaja. Semua urusan membuat insurans dibuat oleh pemilik/pelanggan sendiri. Bayaran perlu dibuat terus kepada Syarikat Takaful Ikhlas Bhd dengan menggunakan kad kredit @ online banking / fpx.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *